Kesan penuaan ke atas kehubungan berkesan otak semasa pemprosesan ingatan bekerja daripada perspektif pemodelan sebab dan akibat dinamik

Hanani Abdul Manan, and Ahmad Nazlim Yusoff, and Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari, (2015) Kesan penuaan ke atas kehubungan berkesan otak semasa pemprosesan ingatan bekerja daripada perspektif pemodelan sebab dan akibat dinamik. Sains Malaysiana, 44 (9). pp. 1339-1350. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
613kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid44bil9_2...

Abstract

Proses penuaan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan sistem kognitif. Kemerosotan tersebut bermula seawal usia dua puluhan dan berterusan secara linear. Walau bagaimanapun, kesan penuaan ke atas ciri kehubungan antara kawasan otak masih belum difahami. Dalam kajian ini, pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) digunakan untuk mengkaji kesan penuaan ke atas kehubungan otak yang terhasil daripada tugasan mengulang secara terbalik (BRT). Subjek normal dalam empat kumpulan umur iaitu 20-29 tahun (n=14), 30-39 tahun (n=14), 40-49 tahun (n=10) dan 50-65 tahun (n=14) mengambil bahagian dalam kajian ini. Stimulus BRT terdiri daripada satu siri lima perkataan yang diberi secara auditori. Pemetaan statistik berparameter (SPM) dan pemodelan sebab dan akibat dinamik (DCM) digunakan untuk menentukan pengaktifan dan kehubungan otak. Sebanyak 200 model kehubungan intrahemisfera dan 150 interhemisfera dibina bagi menguji kewujudan gandingan antara girus temporal superior (STG), girus Heschl (HG), talamus (TH) dan girus presentral (PCG) kesemua subjek. Keputusan DCM menunjukkan subjek keempat-empat kumpulan umur menggunakan kehubungan intrahemisfera yang sama semasa tugasan BRT. Kehubungan interhemisfera pula didapati berubah menjadi semakin kompleks apabila usia meningkat. Perubahan tersebut didapati bermula pada usia 40 tahun. Keputusan ini menyokong penemuan terdahulu bahawa penuaan menyebabkan perubahan pada sistem neuron otak seterusnya mempengaruhi pemprosesan kognitif.

Item Type:Article
Keywords:DCM; fungsi eksekutif pusat; fMRI; kehubungan efektif; pemprosesan auditori; penuaan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:9270
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2015 04:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page