Membina kemahiran berfikir secara kritis dan holistik dalam kalangan pelajar menggunakan modul Edward de Bono

Zulkifley Hamid, and Mohd. Asyraf Zulkifley, (2014) Membina kemahiran berfikir secara kritis dan holistik dalam kalangan pelajar menggunakan modul Edward de Bono. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (2). pp. 1-13. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Tujuan kajian PTS ini dilakukan adalah bagi membina kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar tahun akhir Program Pengajian Bahasa Melayu, UKM. 2 daripada 9 HPP Program Pengajian Bahasa Melayu adalah berkait secara langsung dengan kemahiran berfikir. 2 HPP itu ialah HPP3 dan HPP6 yang menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan maklumat dan kemahiran saintifik. Walau bagaimanapun, tiada satu kursus pun, baik yang ditawarkan di peringkat universiti, fakulti, pusat atau program pengajian yang menawarkan kursus tentang aspek ini. Penyelidikan ini akan cuba mengatasi kekurangan ini. Dalam penyelidikan PTS ini, empat bengkel kemahiran berfikir akan diadakan dalam kalangan pelajar tahun ketiga Program Pengajian Bahasa Melayu, iaitu dengan tujuan untuk membentuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar menggunakan modul Six Thinking Hats yang dikemukakan oleh Edward De Bono. Penyelidikan ini akan menggunakan model kajian tindakan yang dikemukakan oleh John Heron & Peter Reason sebagai kerangka penyelidikan. Model ini dikenali sebagai Model Cooperative Inquiry. Data kajian membuktikan bahawa empat bengkel yang diadakan telah berjaya membina kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar untuk menyelesaikan masalah pembelajaran khususnya dalam penulisan latihan ilmiah. Para pelajar juga didapati berupaya menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan seharian mereka secara professional. Keputusan kajian memperlihatkan kepada kita bahawa kemahiran berfikir yang baik boleh dibentuk dalam kalangan pelajar menggunakan modul Six Thinking Hats yang dicadangkan oleh Edward de Bono.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran berfikir, Six Thinking Hats, pengurusan maklumat, penyelesaian masalah, cooperative enquiry.
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9309
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2015 06:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page