Dualisme masyarakat bandar pengetahuan era k-ekonomi

Jalaluddin Abdul Malek, and Mohd Asruladlyi Ibrahim, (2014) Dualisme masyarakat bandar pengetahuan era k-ekonomi. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (2). pp. 24-47. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Bandar berpengetahuan (knowledge city) merupakan konsep mikro kepada konsep bandar pintar (intelligent city). Bandar berpengetahuan mestilah mempunyai penduduk yang membangun sebagai masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan (knowledge society). Bandar berpengetahuan wujud kerana dunia sekarang sedang menujuk ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan (K-economy). Sementara knowledge society (masyarakat berilmu) merupakan konsep mikro kepada masyarakat bermaklumat yang mempunyai kebolehan yang tinggi terhadap penggunaan dan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kejayaan pembangunan pembandaran berpengetahuan bergantung kepada tiga faktor utama. Faktor pertama proses pembandaran berpengetahuan bergantung kepada kesedaran masyarakat serta minat mereka kepada ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Faktor kedua, proses pembandaran berpengetahuan mestilah mengambil kira pembangunan manusia atau modal insan yang dikaitkan dengan kegiatan sosio ekonomi bandar. Faktor ketiga, pembandaran berpengetahuan mesti ada proses pertukaran maklumat dan ilmu pengetahuan di kalangan penduduknya melalui reruang siber yang disebut Cybertopia. Cybertopia bermatlamat menjana faedah maksimum maklumat dan ilmu pengetahuan melalui proses pertukaran maklumat tanpa mengira sempadan bagi merealisasikan bandar berpengetahuan tersebut. Namun begitu, pembandaran berpengetahuan juga tidak terkecuali wujud fenomena dualisme pembangunan. Jurang digital merupakan dualisme pembangunan yang mana wujud masyarakat yang kaya maklumat dan masyarakat yang miskin maklumat. Masyarakat yang miskin maklumat terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan yang terpinggir, golongan kurang berkeupayaan dan golongan yang disisihkan. Ketiga-tiga golongan ini dikenali sebagai setinggan di era siber atau Cyberghetto yang berlawanan dengan Cybertopia tadi. Golongan Cyberghetto ini boleh mengancam pembangunan bandar berpengetahuan jika mereka terus ketinggalan dalam era siber. Justeru, perbincangan ini cuba melihat sama ada bandar pintar Putrajaya sebagai bandar yang bercirikan knowledge city menghadapi masalah Cyberghetto ini.

Item Type:Article
Keywords:bandar pengetahuan, era k-ekonomi, bandar Ilmu, dualisme masyarakat, masyarakat bandar
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9311
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2015 07:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page