Kesan perubahan dasar kerajaan terhadap industri percetakan orang Melayu

Mohd Khairul Azahari Abdul Rani, and Hamedi Mohd Adnan, (2014) Kesan perubahan dasar kerajaan terhadap industri percetakan orang Melayu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (2). pp. 63-73. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
340kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Kajian ini membincang tentang perubahan dasar kerajaan dan kesan yang diterima oleh pengusaha-pengusaha percetakan Melayu. Penekanan kajian ini tertumpu kepada arahan-arahan perbendaharaan dan pekeliling-pekeliling kerajaan yang berkaitan dengan industri percetakan. Selain itu kajian ini merangkumi tentang perubahan dasar kerajaan, pengkorporatan dan penswastaan agensi kerajaan yang pada peringkat awal dasar ini digubal ianya mewujudkan satu bentuk persefahaman di antara agensi kerajaan yang terlibat dengan para pengusaha percetakan orang Melayu. Setelah beberapa lama pengkorporatan dan penswastaan ini berlaku terdapat kepincangan atau pelanggaran syarat telah berlaku antara agensi-agensi tersebut dengan pengusaha percetakan orang Melayu di mana hak dan pendapatan mereka telah dirampas. Keadaan ini menyebabkan pendapatan dan ekonomi syarikat percetakan milikan orang Melayu terjejas. Pengkorporatan dan penswastaan agensi kerajaan yang dilihat menjadi tren atau amalan pemerintahan negara pada tahun 1980an juga merupakan faktor kejatuhan industri percetakan orang Melayu. Pengkorporatan dan penswastaan ini berlaku selaras dengan pengenalan Dasar Pensyarikatan dan Dasar Penswastaan yang diperkenalkan kerajaan untuk menjadikan agensi-agensi yang dahulunya berada di bawah naungan kerajaan dapat bersaing dan lebih maju.

Item Type:Article
Keywords:Percetakan, dasar, pengkorporatan, penswastaan, Malay
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9313
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2015 07:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page