Peranan perhubungan awam dan komunikasi krisis: kajian terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penanganan wabak SARS

Shahrul Nazmi Sannusi, and Kamaliah Siarap, (2014) Peranan perhubungan awam dan komunikasi krisis: kajian terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penanganan wabak SARS. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (2). pp. 125-134. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
214kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) muncul buat pertama kalinya pada 16 November 2003 di wilayah Guangdong China dan telah meragut 774 nyawa di seluruh dunia. Keadaan ini telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat global ekoran penularan wabak ini yang semakin pantas dan sukar dikawal. Kemunculan wabak yang baharu ini telah mendapat publisiti besar dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Kertas ini bertujuan untuk memerihalkan peranan perhubungan awam KKM dalam menguruskan krisis atau isu wabak SARS. Ia juga melihat maklumat yang disampaikan oleh KKM kepada media massa untuk mengurangkan kekeliruan dan ketakutan publik. Kertas ini juga akan membentangkan pengajaran dan cadangan-cadangan yang diperolehi hasil dari penanganan krisis SARS ini. Kaedah temubual mendalam telah diadakan dengan Ketua Bilik Gerakan SARS Kebangsaan dan kaedah analisis kandungan beberapa akhbar tempatan telah dibuat sepanjang tempoh isu SARS ini berlangsung dari bulan Mac 2003 hingga September 2003. Model Dinamik Krisis telah di gunakan untuk menilai keberkesanan cara penanganan krisis ini oleh KKM. Hasil kajian ini mendapati bahawa peranan perhubungan awam dapat memudahkan penanganan isu ini. Berbagai strategi dan taktik komunikasi dalam amalan perhubungan awam telah dilaksanakan oleh Bilik Gerakan SARS Kebangsaan untuk sebaran maklumat. KKM juga telah menggunakan media untuk membekalkan publik dengan informasi yang relevan untuk memudahkan proses penanganan krisis ini.

Item Type:Article
Keywords:Perhubungan Awam, Krisis, Wabak, SARS, Kementerian Kesihatan Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9318
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2015 08:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page