Isu-isu dan masalah adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Australia

Abdul Latiff Ahmad, and Nur Zalila Md Zamri, and Ali Salman, and Emma Mirza Wati Mohamed, and Hasrul Hashim, (2014) Isu-isu dan masalah adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Australia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (2). pp. 162-171. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
380kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Kajian ini menerokai proses adaptasi antarabudaya yang dilalui oleh pelajar sarjana dan PHD daripada Malaysia yang melanjutkan bidang pengajian di Australia dan United Kingdom. Kajian ini telah memfokuskan hanya kepada elemen kejutan budaya dan proses penyesuaian di dalam Model Lekuk U oleh Lsygaard (1955). Kajian ini turut memberi fokus kepada cabaran sebagai seorang Muslim dan juga isu-isu yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di luar negara. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana para pelajar ini mampu mengadaptasi diri mereka dan apakah cabaran yang dilalui sebagai seorang pelajar yang datang daripada budaya yang berbeza. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kajian kumpulan fokus. Para pelajar Malaysia didapati menghadapi cabaran sosial, persekitaran dan mengadaptasi diri sebagai seorang Muslim.

Item Type:Article
Keywords:adaptasi, kejutan budaya, pelajar Malaysia, model lekuk U, Muslim
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9319
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2015 08:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page