Faktor dan cara gaya hidup serta kemungkinan kembali pulih dalam kalangan lesbian : satu kajian kes

Ahmad, M. I.,, and Haikal Anuar Adnan, and Abd Satar, J., and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Wan Azreena, J., and Zainal Abidin, J., and Wan Mohd Zain, W. M. S, (2015) Faktor dan cara gaya hidup serta kemungkinan kembali pulih dalam kalangan lesbian : satu kajian kes. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10 (1). pp. 1-15. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
503kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Fenomena kehidupan homoseksual semakin merebak dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian ini memfokus kepada salah satu kehidupan alternatif ini, iaitu lesbianisme dalam kalangan remaja. Seramai enam orang responden berorientasikan seksual lesbian yang berbangsa Melayu dan beragama Islam telah dipilih di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat faktor dan cara gaya hidup serta kemungkinan untuk kembali pulih dalam kalangan golongan ini. Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji menggunakan kaedah temubual melalui teknik persampelan mudah dan persampelan bola salji. Hasil kajian mendapati bahwa faktor dominan yang mempengaruhi remaja untuk terlibat dengan gejala lesbian apabila semua responden melaporkan bahawa mereka amat lemah dalam amalan keagamaan. Selain daripada itu, faktor keluarga, rakan-rakan dan faktor pasangan sejenis yang memahami antara satu sama lain turut menjadi punca kepada kegiatan ini. Semua responden melaporkan bahawa mereka mempunyai kemahuan untuk kembali, namun mereka tidak mengambil insiatif yang sewajarnya dalam usaha untuk kembali pulih. Cara gaya hidup mereka juga menunjukkan kehidupan yang bahagia, hidup bersama, rasa diterima dan berhubungan baik dengan komuniti lesbian, tidak peduli dan mengambil berat terhadap kritikan masyarakat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, ini merendahkan lagi kemungkinan mereka untuk kembali pulih mengikut norma yang sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Lesbian, homoseksual, faktor, cara gaya hidup dan kemungkinan kembali pulih
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9323
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2015 06:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page