Tahap penerimaan masyarakat terhadap latihan Kemahiran di Malaysia

Khadijah Alavi, and Rahim Md. Sail, (2015) Tahap penerimaan masyarakat terhadap latihan Kemahiran di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10 (1). pp. 16-28. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Latihan kemahiran merupakan teras utama dalam membentuk modal insan berkemahiran tinggi, bertaraf global dan memenuhi kehendak pasaran. Tujuan artikel ini ialah mengukur tahap penerimaan dalam masyarakat terhadap latihan kemahiran di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif (temubual mendalam hanya bagi Orang Asli). Seramai 1320 responden yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati bahawa 65 peratus pelajar dan ibu bapa masih memilih pendidikan akademik berbanding dengan latihan kemahiran dalam persediaan mereka untuk kerjaya pada masa akan datang. Daripada 35 peratus memilih bidang kemahiran meminati, katering dan kulinari (chef) menduduki tempat teratas dengan 21.3%, diikuti bidang mekanikal dengan 18.1%, perhotelan dengan 15.3% dan teknologi ICT dengan 11.9%. Manakala tahap pengetahuan tentang latihan kemahiran juga rendah mengikut etnik iaitu nilai min antara 2.47 hingga 2.57, yang memberi impak kepada tahap penerimaan latihan kemahiran dalam masyarakat juga rendah. Hasil kajian ini memberi implikasi kearah peningkatan modal insan berkemahiran tinggi yang boleh bersaing dalam pasaran global. Kajian ini mencadangkan kempen berterusan menggunakan media massa adalah satu strategi bagi meningkatkan tahap penerimaan masyarakat terhadap pentingnya latihan kemahiran sebagai negara berekonomi maju dan modal insan yang berkemahiran tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Penerimaan, latihan kemahiran, ibu bapa, guru, pelajar dan modal insan berkemahiran tinggi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9324
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2015 07:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page