Penanaman sawit lestari dan impak sosioekonomi

Aki @ Zaki Aman, and Er, A.C., and Chamhuri Siwar, (2015) Penanaman sawit lestari dan impak sosioekonomi. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10 (1). pp. 57-80. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Industri sawit di Malaysia telah berkembang pesat terutama dari segi peluasan kawasan penanaman maksima pada masa kini. Penanaman kelapa sawit adalah proses jangka panjang yang memerlukan perancangan sistematik, bersepadu dengan kos efektif untuk kekal berdaya saing dan lestari. Walau bagaimanapun aktiviti pembangunan ladang sawit sering dikaitkan dengan punca masalah sosioekonomi dan pencemaran persekitaran serta masyarakat setempat kerana melibatkan kawasan yang luas. Kaedah yang digunakan untuk menilai kejayaan projek ini adalah melalui soalselidik terhadap 62 responden serta pemerhatian keatas masyarakat setempat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Sawit Malaysia untuk meningkatkan pendapatan, hasil penduduk tempatan serta menjana ekonomi setempat. Kaedah pengurusan lestari semasa aktiviti pembangunan di jangka dapat meminimakan kerosakan kepada sumber semulajadi seperti kualiti air, sumber air kawasan tadahan air dan pengekalan kawasan nilai tinggi untuk generasi akan datang. Penggunaan konsep tanggungjawab sosial korporat juga menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk. Projek ini telah memberi peluang kepada masyarakat bersama-sama menerima manfaat dan peningkatan pendapatan, penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan. Seterusnya, amalan pertanian terbaik seperti pembakaran sifar, pembinaan teres, penanaman kekacang penutup bumi, pengekalan zon pemampan semasa pembangunan ladang meminimumkan impak kepada persekitaran.

Item Type:Article
Keywords:penanaman sawit lestari, amalan pertanian terbaik, imapk sosioekonomi, tanggungjawab sosial korporat, masyarakat setempat
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9327
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2015 07:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page