Bandar selamat dan keselamatan komuniti bandar selamat

Jalaluddin Abdul Malek, and Mohd Asruladlyi Ibrahim, (2015) Bandar selamat dan keselamatan komuniti bandar selamat. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10 (1). pp. 97-117. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
379kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...

Abstract

Perancangan bandar merupakan satu seni dan sains pengurusan yang mengatur kehidupan penduduk dan komuniti bandar supaya sejahtera dari sudut material dan bukan material. Sejarah perkembangan bandar yang pesat di Malaysia bermula era zaman kolonial. Era perindustrian di England banyak memberi kesan kepada pembangunan bandar-bandar di Malaysia. Sejarah pemikiran pembangunan bandar dan komuniti bandar di Malaysia banyak merujuk konsep garden city dan berpaksikan pemikiran Chicago School sehinggalah ke era paska merdeka. Ini terbukti lahir konsep baru pembangunan komuniti bandar yang disadur daripada ilmu kolonial seperti konsep bandar pintar, bandar mapan, bandar sejahtera dan yang terkini bandar selamat. Konsep bandar selamat misalnya bertujuan untuk menyelesaikan isu sosial komuniti bandar seperti mencegah kejadian jenayah dan menjaga kesejahteraan penduduk. Sehubungan itu makalah ini membincangkan sejauh mana hasil perancangan bandar selamat dapat memastikan komuniti bandar benar-benar selamat dari aspek fizikal dan sosialnya. Epistemologi perbincangan ini berasaskan falsafah etika deontologikal iaitu melihat sejauh mana pengurusan komited bandar selamat memberi kesejahteraan kepada komuniti sosial penduduk bandar. Hasilnya terdapat tujuh ciri kawal selia yang baik (good governance) bandar selamat yang dapat merealisasikan keselamatan komuniti bandar selamat.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Selamat, Komuniti Bandar, Selamat, komuniti sosial, pembangunan bandar
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:9330
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2015 07:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page