Nur Saadah, M.A. and Hilwa Abdullah, (2015) Strategi daya tindak dan program sokongan sosial untuk penjaga tidak formal. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10 (1). pp. 170-183. ISSN 1823-884x
|
PDF
234kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jre...
Abstract
Penjagaan tidak formal terhadap golongan yang berpenyakit kronik memberi tekanan kepada penjaga. Tekanan ini boleh diatasi dengan pelbagai bentuk strategi daya tindak. Oleh yang demikian, kajian telah dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti strategi daya tindak yang dipraktikkan oleh mereka bagi mengatasi tekanan. Kajian kualitatif yang menggunakan tradisi kajian kes telah dijalankan dalam kalangan penjaga tidak formal yang menjaga anggota keluarga yang berpenyakit kronik. Sejumlah 15 orang penjaga tidak formal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah ditemu bual dengan menggunakan teknik temu bual mendalam. Hasil kajian mendapati, terdapat empat jenis strategi daya tindak yang dipraktikkan oleh penjaga tidak formal iaitu strategi daya tindak sokongan sosial (15 orang), strategi daya tindak kawalan-diri (seorang), strategi daya tindak penerimaan tanggungjawab (lima orang) dan strategi daya tindak penilaian semula positif (tiga orang). Hasil kajian juga mendapati, para penjaga tidak formal dalam kajian ini memerlukan satu sistem sokongan sosial yang eksklusif untuk mereka dan individu sakit yang dijaga mereka. Pelan cadangan sistem sokongan sosial untuk penjaga tidak formal ini adalah sebuah intervensi sosial yang mengandungi program sokongan sosial yang mampu membantu penjaga tidak formal mengurangkan tekanan yang dialami secara lebih teratur.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Strategi daya tindak, penjaga tidak formal, pesakit kronik, program sokongan sosial |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 9334 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Dec 2015 07:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page