Minyak pati beberapa bahagian pokok Goniothalamus ridleyi

Samsiah Jusoh, and Fasihuddin Ahmad, and Laily Din, and Zuriati Zakaria, (2015) Minyak pati beberapa bahagian pokok Goniothalamus ridleyi. Sains Malaysiana, 44 (11). pp. 1579-1585. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid44bil11_...

Abstract

Minyak pati Goniothalamus ridleyi daripada sampel segar dan kering bahagian kulit batang, kayu, buah, akar dan daun telah diekstrak menggunakan hidro penyulingan. Minyak pati tersebut telah dianalisis menggunakan kromatografi gas (KG) kapilari dan kromatografi gas-spektrometer jisim (KG-SJ). Komposisi sebatian kimia dalam minyak pati telah dikenal pasti secara perbandingan data spektrum jisim sampel dengan spektrum jisim yang ada dalam rujukan Wiley, perbandingan pengiraan indeks penahanan dengan nilai kepustakaan dan ko-kromatografi bagi sesetengah sebatian dengan sebatian autentik pada turus kapilari DB-5. Sebanyak 50 sebatian telah dikenal pasti dan mewakili 89.5% minyak pati kulit batang segar G. ridleyi. Minyak pati daripada kulit batang segar kaya dengan sebatian linalool (15.2%) dan sitronellal (10.9%). Sejumlah 47 sebatian telah dikenal pasti dan mewakili 90.1% jumlah minyak pati kayu segar yang menunjukkan kehadiran sebatian utama β-eudesmol (27.1%) dan γ-eudesmol (20.8%). Sementara itu, minyak pati daripada bahagian buah menunjukkan kehadiran 49 sebatian serta mewakili 89.8% jumlah minyak pati. Sebatian utama dalam minyak pati buah adalah β-kubebena (20.7%) dan elemol (20.2%). Sebatian utama dalam sampel segar adalah sama dengan sebatian utama dalam sampel kering, kecuali bahagian sampel kering didapati kaya dengan sebatian-sebatian seperti β-karyofilena, limonena, β-selinena, viridifloral, α-kopaena dan cyperena.

Item Type:Article
Keywords:Goniothalamus ridleyi; komposisi minyak pati; monoterpena; seskuiterpena
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:9366
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jan 2016 00:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page