Analisis isu-isu dalam al-Qira’at al-Shadhdhah

Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Sabri Mohamad, and Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, (2015) Analisis isu-isu dalam al-Qira’at al-Shadhdhah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 16-28. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
510kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711

Abstract

Al-Qira’at al-Shadhdhah ialah bacaan al-Qur’an yang telah gugur satu rukun atau lebih daripada rukun Qira’at al- Sahihah, iaitu sanad yang mutawatir, tepat dengan kaedah bahasa Arab dan Rasm ‘Uthmani. Bersandarkan banyak hadith yang membincangkan keluasan dan kemudahan yang diberikan Rasulullah SAW dalam konsep Sab‘ah Ahruf membuatkan wujudnya al-Qira’at al-Shadhdhah. Banyak kekeliruan timbul dalam menjawab beberapa permasalahan yang timbul daripada perbincangan al-Qira’at al-Shadhdhah. Justeru, tulisan ini bertujuan untuk menonjolkan maklumat seterusnya menganalisis isu dan permasalahan yang terdapat dalam perbincangan al-Qira’at al-Shadhdhah. Bagi mencapai tujuan ini, metode dokumentasi terhadap bahan berkaitan digunakan. Kajian ini mendapati pengkajian al-Qira’at al-Shadhdhah turut berperanan dalam pengembangan ilmu qira’at, di samping kajian terhadap al-Qira’at al-Mutawatirah. Isu dan permasalahan al-Qira’at al-Shadhdhah merupakan kajian yang perlu dikembangkan untuk menjamin autoriti al-Qur’an dijaga dan dipelihara.

Item Type:Article
Keywords:al-Qira’at al-shadhdhah; rukun al-qira’at; sanad al-qira’at al-shadhdhah; al-‘ardah al-akhirah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9376
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2016 01:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page