Penentuan dimensi kualiti guru Bahasa Arab di Malaysia

Al Muslim Mustapa, and Zamri Arifin, (2015) Penentuan dimensi kualiti guru Bahasa Arab di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 49-57. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
335kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711

Abstract

Pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah dianggap sebagai tidak berjaya. Oleh itu, guru bahasa Arab sebagai faktor utama kejayaan sistem pendidikan sekolah perlu ditransformasi melalui penyediaan, pembinaan dan penilaian kualiti guru. Hanna dan Gimbert (2011) mencadangkan tiga inisiatif utama penilaian kualiti guru yang dimulai dengan mengenalpasti dimensi-dimensi dalam kualiti guru. Lantaran daripada itu, kajian ini menetapkan dua objektif kajian, iaitu meneliti dimensi kualiti guru di kalangan sarjana, dan mengamati dimensi terbaik untuk pengukuran kualiti guru bahasa Arab. Dua objektif ini dicapai menerusi kajian kualitatif deskriptif melalui tinjauan literatur pandangan dan kajian sarjana yang lepas. Pendekatan tematik digunakan dalam proses penyaringan dan analisis data dengan bantuan perisian Altas.ti versi 7.1. Hasil kajian mendapati kepelbagaian dimensi kualiti guru telah digunakan dalam kajian-kajian lepas, iaitu kelayakan guru, karakter guru, amalan dalam kelas dan keberkesanan pengajaran. Kajian juga telah mengenalpasti satu rangka cadangan dimensi pengukuran kualiti guru bahasa Arab, selain turut mencadangkan sebuah kajian lain untuk melengkapi rangka cadangan dimensi tersebut serta beberapa aspek yang perlu dititikberatkan.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti guru; kelayakan guru; karakter guru; amalan guru dan keberkesanan pengajaran
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9379
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2016 01:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page