Shafiza Shafie, and Fadlan Mohd Othman, (2015) Garis panduan bagi pendakwah wanita di televisyen dalam aspek penampilan berdasarkan al-Qur’an. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 58-67. ISSN 0216-5636
|
PDF
299kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711
Abstract
Wanita Muslimah di Malaysia memainkan peranan penting dalam bidang dakwah, khususnya dakwah melalui media massa seperti televisyen. Namun, penelitian yang dilakukan terhadap pendakwah wanita ini tidak mematuhi garis panduan yang dianjurkan oleh Islam seperti dalam aspek penampilan, percakapan dan pergaulan. Ini berikutan ketiadaan garis panduan yang sempurna sebagai panduan kepada pendakwah wanita Muslimah ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji garis panduan bagi pendakwah wanita khusus dalam aspek penampilan menurut al-Qur’an. Kajian dilakukan menerusi kajian kualitatif yang menggunakan analisis dokumen dan observasi sebagai metode pengumpulan data. Hasil kajian ini dapat menghasilkan garis panduan berdakwah kepada para pendakwah wanita di televisyen. Dengan demikian, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta unit penyiaran dan media bagi penambahbaikan garis panduan yang telah sedia ada.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Garis panduan; pendakwah wanita; televisyen; penampilan |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 9380 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2016 01:28 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page