Kejelasan dan kekaburan makna kosa kata Arab dalam mahabbah karya Shahnon Ahmad

Mohd Shahrizal Nasir, (2015) Kejelasan dan kekaburan makna kosa kata Arab dalam mahabbah karya Shahnon Ahmad. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 68-75. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
275kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711

Abstract

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan aspek kepercayaan, malah turut meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu merupakan antara perubahan positif yang menjadi penyumbang ke arah perkembangan bahasa Melayu. Namun, pemanfaatan kosa kata bahasa Arab perlu selari dengan konteks ayat bahasa Melayu. Dengan kata lain, pemanfaatan tersebut perlu bersesuaian antara makna asal dalam bahasa Arab dengan makna yang ingin dijelaskan dalam bahasa Melayu mengikut konteks ayat. Bertolak daripada pemahaman ini, makalah ini menganalisis beberapa kosa kata bahasa Arab yang digunakan dalam novel Mahabbah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Selain itu, terdapat kosa kata bahasa Arab yang digunakan merupakan ambilan daripada perkataan yang terdapat dalam al-Qur’an. Hal ini sejajar dengan kandungan novel yang membicarakan nilai-nilai Islam seperti persaudaraan, kasih sayang, permuafakatan dan kemaafan. Tujuan utama analisis ini adalah untuk meneliti ketepatan pemanfaatan kosa kata Arab mengikut konteks ayat dalam novel Mahabbah. Berdasarkan dapatan analisis, terdapat kosa kata Arab yang digunakan dalam novel tidak bertepatan dengan konteks ayat. Di samping itu, penggunaan kosa kata Arab tidak menyumbang kepada pemahaman makna bagi sesuatu ayat. Analisis turut menunjukkan pemanfaatan kosa kata Arab dalam novel Mahabbah tidak memberi penjelasan yang signifikan terhadap jalan cerita Mahabbah, malah pada sesetengah keadaan ia mungkin merumitkan pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.

Item Type:Article
Keywords:Mahabbah; kosa kata Arab; bahasa Arab; makna; karya sastera
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9381
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2016 01:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page