Pendekatan Islamic Information & Services Foundation (IIS) dalam pembudayaan dialog antara agama di Malaysia

Aemy Elyani Mat Zain, and Idris Zakaria, and Jaffary Awang, (2015) Pendekatan Islamic Information & Services Foundation (IIS) dalam pembudayaan dialog antara agama di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 76-85. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711

Abstract

Budaya dialog antara agama semakin mendapat perhatian di Malaysia. Aktiviti ini banyak digerakkan oleh badanbadan bukan kerajaan seperti Islamic Information & Services Foundation (IIS). Dalam membudayakan dialog antara agama di Malaysia, IIS mempunyai pendekatan dan gaya tersendiri. Pendekatannya ialah pendekatan berdasarkan level pemahaman dan pemikiran rakan atau sasaran dialog. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pendekatan sebuah daripada badan bukan kerajaan di Malaysia; Islamic Information & Services Foundation (IIS) dalam membudayakan dialog antara agama di Malaysia. Kajian ini berdasarkan analisis temu bual, rakaman video dan pemerhatian yang khusus tentang dialog antara agama dengan menggunakan pendekatan tematik. Kajian ini merumuskan bahawa pendekatan IIS dalam pembudayaan dialog antara agama ialah suatu yang praktikal dan relevan untuk dijadikan amalan kalangan masyarakat majmuk, khususnya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:IIS; badan bukan kerajaan; budaya dialog antara agama
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9382
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2016 01:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page