Analisis sintaksis penggunaan kata nama jamak dalam al-Qur’an

Hakim Zainal, and Fardiyuz Abdul Mutalib, (2015) Analisis sintaksis penggunaan kata nama jamak dalam al-Qur’an. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (1). pp. 86-100. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/711

Abstract

Al-Qur’an ialah kitab suci yang amat istimewa dan keistimewaannya terletak pada gaya bahasa yang indah, di samping isi kandungan yang merangkumi semua aspek kehidupan. Satu daripada keistimewaan bahasa al-Qur’an ialah penggunaan kata nama jamak. Kata nama jamak (dikenali dalam bahasa Arab sebagai ism al-jam‘) ialah kata nama yang mempunyai makna jamak dan tidak mempunyai kata tunggal. Kajian terhadap kata nama jamak dalam al-Qur’an merupakan antara pendekatan nahu al-Qur’an yang dipelopori sarjana-sarjana nahu terdahulu. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk meneliti kewujudan kata nama jamak dan menganalisis bentuk-bentuk penggunaannya dalam al-Qur’an. Metodologi kajian ini ialah penggunaan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Kajian memanfaatkan hasil kajian sarjana bahasa Arab silam dan kontemporari berkaitan kata nama jamak. Dapatan kajian ini ialah kata nama jamak disebut dalam al-Qur’an dengan dua bentuk, iaitu penggunaannya sebagai kata mufrad dengan mengambil kira lafaznya dan penggunaan secara jamak dengan mengambil kira maknanya. Pemahaman terhadap kata nama jamak dalam al-Qur’an amat penting dalam menolak salah tanggapan orientalis terhadap tatabahasa al-Qur’an, seterusnya meningkatkan keyakinan umat Islam terhadap kesempurnaan dan keindahannya.

Item Type:Article
Keywords:Kata nama jamak; nahu al-Qur’an; orientalis.
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9383
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2016 01:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page