Zainab Ismail, (2015) Faktor gangguan psikologi dalam kalangan mahasiswa universiti. Al-Hikmah, 7 (2). pp. 55-71. ISSN 1985--6822
|
PDF
412kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Gangguan psikologi ialah suatu gangguan berkaitan dengan kognitif dan afektif. Setiap individu yang dilahirkan ke dunia akan mengalami perkembangan tingkah laku, emosi, kognitif dan rohani. Namun apabila seseorang individu tidak dapat bertoleransi dengan stres, kesemua komponen perkembangan ini akan mengalami gangguan psikologi. Walaupun mahasiswa boleh diandaikan sebagai golongan yang memiliki kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan ruhaniah, namun sebagai manusia, terdapat dalam kalangan mereka yang mengalami gangguan psikologi. Oleh kerana itu, makalah ini bertujuan untuk membincang faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan psikologi dalam kalangan mahasiswa universiti. Dari segi metodologi, makalah ini menggunakan data yang diperoleh melalui satu kajian deskriptif yang dilakukan melalui Borang Maklumat Klien dan Borang Bio-Psiko-Sosial terhadap 12 orang mahasiswa yang hadir sebagai klien dalam kaunseling individu. Mereka dipilih melalui persampelan mudah. Data daripada kedua-dua borang ini dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan psikologi dalam kalangan mahasiswa. Hasil analisis menunjukkan terdapat dua faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan psikologi dalam kalangan mahasiswa iaitu faktor dalaman dan luaran. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat tiga indikator gangguan psikologi yang boleh dikenal pasti oleh kaunselor iaitu masalah akademik, tidak yakin diri dan masalah keluarga. Ketiga-tiga indikator ini memberi implikasi kepada kaunselor dan institusi pengajian tinggi khususnya dalam konteks penggubalan model kaunseling pencegahan, pengembangan, pemulihan, intervensi krisis dan perundingan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | emosi, kognitif, efektif, stress, Bio-Psiko-Sosial |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 9387 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2016 04:42 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page