Zaharah Hussin, and Saedah Siraj, and Zai Hazreen Ab Malik, and Mohd Ridhuan Mohd Jamil, and Ahmad Arifin Sapar, and Nurulrabihah Mat Noh, (2015) Pembangunan akhlak dan moral ke arah masyarakat lestari. Al-Hikmah, 7 (2). pp. 72-87. ISSN 1985--6822
|
PDF
516kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Para sarjana Islam dan barat telah banyak berdiskusi tentang kepentingan ahklak dan moral. Jika disorot dengan terperinci akhlak adalah merupakan satu kelakuan diri yang baik serta bertepatan dengan akal dan syarak. Manakala moral pula ditafsirkan sebagai sikap yang baik dan diterima oleh masyarakat. Dalam konteks pembentukan Masyarakat Lestari, pembangunan akhlak dan moral adalah wajib ditekankan kerana ia adalah suatu elemen dalam membentuk modal insan ke dalam diri setiap insan. Oleh itu, pembentukan masyarakat lestari ini haruslah dibentuk berdasarkan beberapa aspek yang meliputi kelestarian alam sekitar, kelestarian ekonomi, dan kelestarian sosial. Jika diselusuri terhadap perspektif Islam pula, terdapat 3 tunjang utama yang menjadi teras di dalam proses pembinaan dan pembentukan masyarakat lestari iaitu akidah, syariat dan akhlak di mana ia harus dihayati oleh setiap manusia. Menerusi teras akidah, setiap insan perlu sedar bahawa tugas mentadbir alam ini adalah suatu bentuk amanah yang besar daripada Allah SWT. Menerusi teras syariat pula, prinsip Maqasid Syariah perlu diperkasakan dengan melaksanakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Hal yang demikian diyakini mampu untuk membantu setiap insan untuk mencapai matlamat akhir iaitu ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembangunan Akhlak; moral; Masyarakat Lestari; Maqasid Syariah. |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 9388 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2016 04:57 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page