Penilaian dan Pengurusan Psikologi Pemandiri Trauma

Geshina Ayu Mat Saat, and Nadiah Syariani Md Shariff, (2015) Penilaian dan Pengurusan Psikologi Pemandiri Trauma. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13 (2). pp. 19-35. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
473kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/article/view/10875

Abstract

Artikel ini menghuraikan cara penilaian dan pengurusan psikologi untuk pemandiri trauma. Penilaian yang sesuai amat penting untuk mempastikan bahawa psikoterapi, rawatan tingkah laku dan rangkaian sokongan adalah mencukupi untuk keperluan jangka masa panjang pemandiri trauma atau sehingga individu tersebut mampu berfungsi secara normal. Sejajar dengan misi Persatuan Psikologi Amerika (APA) Bahagian 56 (Psikologi Trauma), artikel ini mencadangkan garis panduan yang praktikal untuk ahli psikologi, kaunselor, dan pekerja kesihatan sosial. Isu yang dibincangkan termasuk takrifan trauma, gejala selepas kejadian dan pemulihan trauma. Antara jenis trauma yang diperiksa adalah kanser, kematian mengejut, penderaan seksual dan AIDS. Satu model bekerja untuk memulakan penilaian dibentangkan bersama-sama dengan modaliti rawatan projeksi. Sebagai tambahan, artikel ini juga mengandungi pengetahuan tentang pendidikan profesional dan umum mengenai penguraian (disoksiasi), trauma dan kecelaruan berkaitan trauma di samping memperkasakan pengetahuan mengenai trauma, penguraian serta kecelaruan berkenaan trauma kronik. Artikel ini juga menyokong komunikasi dan kerjasama sesama ahli klinik dan profesional lain dalam bidang penguraian dan trauma selain merangsang projek penyelidikan kebangsaan serta antarabangsa. Individu yang berlainan bertindak balas secara berlainan terhadap peristiwa yang sama. Seseorang berkemungkinan mengalami trauma sebagai reaksi terhadap peristiwa tersebut namun seseorang yang lain mungkin tidak. Bukan semua individu yang mengalami peristiwa yang berpotensi mengakibatkan trauma akan mengalami trauma secara psikologi.

Item Type:Article
Keywords:Penilaian psikologi; pemulihan trauma; pemandiri trauma
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:9400
Deposited By: Mr. Al-Hapiz
Deposited On:12 Jan 2016 01:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page