Faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender di Malaysia: satu ilustrasi mikro dari Seremban, Negeri Sembilan (Factors influencing gendered occupational segregation in Malaysia: a micro illustration from Seremban, Negeri Sembilan)

Noor Rahamah Hj Abu Bakar, (2009) Faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender di Malaysia: satu ilustrasi mikro dari Seremban, Negeri Sembilan (Factors influencing gendered occupational segregation in Malaysia: a micro illustration from Seremban, Negeri Sembilan). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (2). pp. 45-54. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
206kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Dua jenis segregasi pekerjaan berlaku, iaitu segregasi mendatar dan menegak. Segregasi pekerjaan secara mendatar merujuk kepada keadaan apabila wanita dan lelaki bekerja dalam jenis industri yang berbeza. Segregasi pekerjaan secara menegak pula merujuk kepada situasi apabila kaum lelaki selalunya memegang jawatan yang lebih tinggi dan kaum wanita pula bekerja dalam jenis pekerjaan yang berjawatan rendah dalam industri yang sama. Data statistik semasa menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam segregasi pekerjaan di Malaysia. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender. Data sekunder dan primer digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Sumber data sekunder adalah Banci Penduduk dan Perumahan dan Buletin Perangkaan Sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan. Untuk mendapatkan data primer, kajian fokus awal dilakukan ke atas 120 buah keluarga. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk mendapat responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut gender adalah pendidikan formal dan latihan, pembahagian pekerjaan dalam isi rumah, budaya masyarakat tempatan, keadaan kerja, kemudahan di tempat kerja yang kurang mesra wanita, dan keutamaan individu. Makalah ini merumuskan tiga cara bagi membolehkan pekerja wanita memperluaskan bidang pekerjaan yang ingin diceburi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut gender, iaitu mewujudkan peraturan-peraturan di tempat kerja yang “mesra wanita”, pengorganisasian semula kerja, dan memperbaiki dasar pendidikan dan latihan.

Item Type:Article
Keywords:mesra wanita; pembahagian pekerjaan; pengorganisasian semula kerja; segregasi pekerjaan; segregasi mendatar; segregasi menegak Factors influencing gendered occupational segregation i
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:941
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Apr 2011 06:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page