Sistem pengurusan zakat di Malaysia: analisis strategi penyebaran maklumat menerusi laman sesawang

Mohd Faisol Ibrahim, (2014) Sistem pengurusan zakat di Malaysia: analisis strategi penyebaran maklumat menerusi laman sesawang. Jurnal Pengurusan, 42 . pp. 119-130. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/614

Abstract

Internet merupakan alat yang terpenting di era globalisasi ini. Internet ini penting bagi menyebarkan dan mengembangkan sesuatu maklumat khususnya berkaitan sistem zakat. Sebelum ini tidak ada teknologi berkaitan zakat yang dapat menyebarkan maklumat dengan begitu pantas dan menjimatkan masa serta tenaga. Oleh yang demikian penggunaan internet kini telah menjadi suatu kemahiran asas bukan sahaja kepada setiap individu yang sentiasa mencari maklumat tetapi juga kepada setiap institusi yang ingin melebarkan maklumat mengenai organisasi serta fungsi mereka menerusi laman sesawang masing-masing. Oleh itu artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai strategi yang digunakan oleh institusi-institusi zakat negeri di Malaysia bagi menyebarkan dan menyampaikan maklumat mengenai kewajipan berzakat menerusi laman sesawang. Selain itu artikel ini juga cuba menganalisis kesan pembangunan laman sesawang berkaitan zakat di Malaysia oleh institusi-institusi zakat yang menjadikan laman sesawang sebagai medium utama menyedarkan masyarakat Islam tentang kewajipan berzakat.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; internet; laman sesawang; maklumat zakat; enjin pencari
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9415
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jan 2016 01:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page