Perbezaan faktor demografi ke atas komunikasi pegawai-subordinat, kualiti jalinan hubungan, tekanan kerja dan kepuasan komunikasi di Jabatan Penjara Malaysia

Kamsiah Kamin, and Che Su Mustaffa, (2014) Perbezaan faktor demografi ke atas komunikasi pegawai-subordinat, kualiti jalinan hubungan, tekanan kerja dan kepuasan komunikasi di Jabatan Penjara Malaysia. Jurnal Pengurusan, 42 . pp. 169-184. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/614

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan faktor-faktor demografi ke atas pemboleh ubah komunikasi pegawaisubordinat, kualiti jalinan hubungan, tekanan kerja dan kepuasan komunikasi. Seramai 447 orang kakitangan penjara dari lapan buah institusi penjara Malaysia terlibat sebagai responden kajian. Teknik analisis statistik yang digunakan adalah Ujian-t dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dari segi bangsa dan taraf perkahwinan terhadap komunikasi pegawai-subordinat. Bagi kualiti jalinan hubungan, terdapat perbezaan dari segi bangsa, taraf perkahwinan, kelulusan akademik dan jawatan. Jantina dan taraf perkahwinan membezakan kepuasan komunikasi responden. Secara umumnya, bolehlah dikatakan bahawa responden yang bujang dan berbangsa Melayu mempunyai persepsi yang rendah terhadap komunikasi pegawai-subordinat dan kualiti jalinan hubungan. Responden lelaki yang masih bujang menghadapi tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding responden wanita dan yang telah berkahwin. Selain itu, responden bujang yang berjawatan pegawai rendah mempunyai persepsi rendah terhadap kepuasan komunikasi.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi pegawai-subordinat; kualiti jalinan hubungan; tekanan kerja; kepuasan komunikasi; Jabatan Penjara
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9419
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jan 2016 03:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page