Kompetensi komunikasi dan kepuasan komunikasi penjawat awam di Malaysia

Che Su Mustaffa, (2015) Kompetensi komunikasi dan kepuasan komunikasi penjawat awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 43 . pp. 13-26. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
84kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/699

Abstract

Penelitian-penelitian berkaitan dengan kompetensi menunjukkan bahawa permasalahan kompetensi dikaitkan dengan persoalan takrifan, pendekatan, perbezaan hasil kajian dan model. Isu berkaitan dengan kompetensi terutama dalam kalangan penjawat awam turut mendapat perhatian pengkaji kerana kompetensi mempunyai pelbagai implikasi terhadap organisasi, namun kajian terhadap isu ini kurang dilakukan di negara-negara bukan Barat. Ini kerana kecenderungan negara-negara berkenaan meminjam dan mengaplikasi model dari barat tanpa mengambil kira nilai-nilai tempatan. Sehubungan itu, artikel ini memperkatakan mengenai perkaitan antara kompetensi komunikasi dari segi komunikasi antara budaya, komunikasi interpersonal dan komunikasi berdasarkan konteks dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan penjawat-penjawat awam di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan keratan rentas di dua buah organisasi beruniform. Data dikumpulkan melalui pengedaran soal selidik dan dianalisis menggunakan analisis statistik diskriptif, korelasi dan analisis regrasi pelbagai. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifi kan antara kompetensi komunikasi antara budaya, kompetensi komunikasi interpersonal, kompetensi komunikasi berdasarkan konteks dengan kepuasan komunikasi. Analisis turut mengenal pasti dimensi-dimensi dalam setiap pengukuran kompetensi komunikasi yang meramal kepuasan komunikasi. Implikasi dan cadangan kajian akan datang turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi komunikasi; komunikasi antara budaya; komunikasi interpersonal; kepuasan komunikasi
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9422
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jan 2016 04:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page