Kemeruapan bersyarat dan korelasi dinamik pasaran saham ASEAN

Abu Hassan Shaari Md Nor, and Mori Kogid, and Tamat Sarmidi, (2015) Kemeruapan bersyarat dan korelasi dinamik pasaran saham ASEAN. Jurnal Pengurusan, 43 . pp. 47-59. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/699

Abstract

Kajian ini melihat hubung kait antara pasaran saham di rantau ASEAN-5 dengan menggunakan model GARCH multivariat (MGARCH). Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pasaran mengalami darjah kemeruapan yang tinggi dalam tempoh krisis terutama semasa krisis kewangan Asia. Hasil kajian juga menunjukkan korelasi antara pasaran adalah positif dan berubah mengikut masa dengan darjah korelasi antara pasaran dilihat lebih tinggi dalam tempoh krisis. Kajian juga mendapati wujud kesan kejutan asimetri yang signifi kan dalam mempengaruhi korelasi antara pasaran saham di ASEAN-5. Kemeruapan pasaran dan krisis ekonomi merupakan antara faktor yang mungkin mempengaruhi hubungan korelasi antara pasaran saham. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pasaran saham di ASEAN-5 semakin berintegrasi dengan darjah korelasi antara pasaran yang cenderung meningkat selepas krisis kewangan global. Keadaan ini mungkin memberikan indikasi kepada proses penumpuan ekonomi di rantau ASEAN. Hasil kajian adalah penting kepada implikasi dasar dan ekonomi (kewangan) terutama kepada para pelabur dan pengamal kewangan serta pembuat dasar.

Item Type:Article
Keywords:ASEAN; pasaran saham; kemeruapan; korelasi dinamik; MGARCH; ADCC
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9425
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jan 2016 04:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page