Khalip Musa, and Hariza Abd. Halim, (2015) Kemahiran interpersonal guru dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (2). pp. 89-99. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
352kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(2)_...
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar pintar cerdas. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Kajian melibatkan empat buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri Pahang dengan responden seramai 226 orang pelajar tingkatan lima. Terdapat lapan jenis kemahiran interpersonal guru yang dicadangkan oleh teori kajian. Analisis deskriptif min menunjukkan tahap kemahiran interpersonal guru-guru adalah sederhana. Ujian Kolerasi pula menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar. Namun begitu analisis ANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi kemahiran interpersonal guru antara empat buah MRSM terlibat. Kajian mencadangkan supaya guru-guru berusaha meningkatkan aplikasi kemahiran interpersonal kerana ia mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Dalam konteks pelajar pintar cerdas, pelaksanaannya perlu mengambil kira gaya pembelajaran dan sumber motivasi instrinsik kumpulan pelajar ini
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran interpersonal; pencapaian akademik; komunikasi; pengajaran; pembelajaran |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 9434 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jan 2016 00:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page