Peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum dari perspektif guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat

Mohd Izham Mohd Hamzah, and Norziana Ayob, (2015) Peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum dari perspektif guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (2). pp. 129-138. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(2)_...

Abstract

Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab mengurus kurikulum dan kokurikulum. Namun secara realitinya berbanding kurikulum, penglibatan pengetua dalam menerajui pengurusan kokurikulum di sekolah adalah kurang. Mereka sering terikat dengan kerja-kerja yang rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Hal ini secara tidak langsung membantutkan usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perspektif guru penasihat kokurikulum terhadap peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum di sekolah sekolah menengah kebangsaan di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Peranan pengetua dikaji berdasarkan aspek sebagai perancang, pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada 323 orang guru yang sedang berkhidmat dan memegang tugas sebagai Penasihat Kokurikulum di 12 buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik yang telah dibuat kajian rintis terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai mendapati perspektif guru terhadap peranan pengetua sebagai perancang (min = 3.79), pengelola (min = 3.81), pemimpin (min = 3.79), dan pengawal (min = 3.90), kesemuanya berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya pengetua di sekolah mempraktikkan peranan pengurusan yang berkesan agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan; kokurikulum; peranan pengetua
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:9438
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 01:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page