Kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan pelajar bermasalah disiplin dan tidak bermasalah disiplin

Zakri Abdullah, and Saemah Rahman, (2015) Kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan pelajar bermasalah disiplin dan tidak bermasalah disiplin. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (2). pp. 175-183. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(2)_...

Abstract

Kemahiran meta-tingkah laku ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang terlibat sebelum seseorang individu melakukan sesuatu tindakan. Dijangkakan bahawa kemahiran ini dan kemahiran membuat keputusan memainkan peranan penting dalam tingkah laku kawalan kendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan pelajar tidak bermasalah disiplin (PTBD) dan pelajar bermasalah disiplin (PBD). Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Pengumpulan data kajian adalah berdasarkan kepada dua fasa, iaitu fasa pertama menggunakan soal selidik manakala fasa kedua pula menggunakan kaedah temu bual mendalam. Seramai 803 orang pelajar sekolah menengah telah dipilih sebagai sampel dalam fasa pertama kajian, manakala dalam fasa kedua pula seramai lapan orang peserta kajian telah ditemu bual. Data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan analisis Multivariate Analysis of Variance (MANOVA) manakala data temu bual mendalam pula dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan antara pelajar dari kedua-dua kategori. Analisis data kualitatif menunjukkan kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan pelajar tidak bermasalah disiplin adalah lebih baik berbanding dengan pelajar bermasalah disiplin. Justeru, adalah dicadangkan agar usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kemahiran meta-tingkah laku dan kemahiran membuat keputusan sebagai salah satu cara untuk mencegah masalah tingkah laku disiplin dalam kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran meta-tingkah laku; kemahiran membuat keputusan; pelajar tidak bermasalah disiplin (PTBD); pelajar bermasalah disiplin (PBD) dan tingkah laku disiplin
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:9443
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 01:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page