Transformasi pengajian tinggi aliran Islam sebagai asas pembangunan modal insan: pengalaman APIUM

Abdul Karim Ali, and Rahimin Affandi Abd. Rahim, and Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar, (2014) Transformasi pengajian tinggi aliran Islam sebagai asas pembangunan modal insan: pengalaman APIUM. Jurnal Hadhari, 6 (2). pp. 1-14. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
497kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/...

Abstract

Artikel ini akan memfokuskan kajian terhadap transformasi pengajian tinggi aliran Islam yang telah dilaksanakan oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Sorotan telah dilakukan terhadap pengalaman APIUM yang telah menjadi salah satu dari pusat pembangunan modal Insan Negara. Kajian ini bertujuan melihat sejauh masa usaha APIUM dalam mentransformasikan pengajian tinggi aliran Islam bagi menjana pembangunan modal insan di Malaysia. Bagi mencapai objektif, kajian dilaksanakan melalui dua metode utama iaitu metode dokumentasi dan juga metode persejarahan. Kajian mendapati APIUM merupakan sebuah fakulti pengajian lengkap dengan matlamat melahirkan ulama, cendekiawan dan teknokrat Muslim yang cekap. Diharapkan modal insan yang telah dan bakal dilahirkan oleh institusi ini dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. APIUM juga mempunyai pelan strategik yang jelas bagi mencapai visi dan misi yang digariskan.

Item Type:Article
Keywords:Transformasi, Islam, Modal Insan, APIUM
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9446
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 03:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page