Pendekatan nilai dalam memilih kepimpinan politik: kajian tinjauan dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru

Hairol Anuar Hj Mak Din, and Zakaria Stapa, and Ahmad Munawar Ismail, and Shamsul Azhar Yahya, (2014) Pendekatan nilai dalam memilih kepimpinan politik: kajian tinjauan dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Jurnal Hadhari, 6 (2). pp. 71-84. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
621kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/...

Abstract

Refleksi nilai yang terzahir melalui pendirian politik kumpulan kelas menengah Melayu berupaya mempengaruhi undi di dalam sistem demokrasi. Rencana ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan nilai di dalam memilih kepimpinan politik dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah tinjauan yang terkandung di dalam metode penyelidikan kuantitatif. Seramai 544 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini dengan corak pemilihan sampel menggunakan teknik ‘persampelan bertujuan’ dengan penentuan sampel berdasarkan jadual penentu sampel Krejie & Morgan. Pembinaan set soalan mendapat persetujuan pakar rujukan yang dilantik dan pengesahan kebolehlaksanaan kajian ini adalah hasil daripada kajian rintis yang telah dijalankan, dengan penentuan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian dibuat dengan mengenal pasti tahap ketekalan dalaman item-item yang digunakan dengan mempraktikkan: Kaedah Pemisahan Separa (Nilai Pekali Korelasi) dan Kaedah Konsistensi Dalaman (Pekali Alfa Cronbach) dengan menggunakan Program SPSS. Penemuan data mendapati bahawa elemen nilai amat signifikan di dalam kehidupan kumpulan kajian. Signifikan nilai terbukti apabila dapatan data mendapati bahawa nilai mempunyai peranan di dalam memilih kepimpinan politik (min= 3.13/sisishan piawai=.464) dan peranan nilai sebagai faktor utama di dalam memilih kepimpinan politik (min=3.81/sisihan piawai=.563). Rumusan kajian ini membantu menyediakan sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, seterusnya memberi jawapan terhadap permasalahan kajian, dan akhirnya mengesahkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara nilai dengan pemilihan kepimpinan politik dalam kalangan kelas menengah Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru.

Item Type:Article
Keywords:Nilai, kelas menengah, Melayu, kepimpinan, politik.
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9450
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 03:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page