Keabsahan ulil amri dengan kaedah rampasan kuasa dalam aspek maqasid syariah

Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2014) Keabsahan ulil amri dengan kaedah rampasan kuasa dalam aspek maqasid syariah. Jurnal Hadhari, 6 (2). pp. 85-96. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/...

Abstract

Ketaatan kepada ulil amri merupakan satu perintah dalam wahyu al-Quran. Matlamat di sebalik ketaatan ini adalah agar sistem kehidupan masyarakat berada dalam keadaan stabil. Dengan kestabilan ini, kehidupan masyarakat dapat bergerak ke arah tamadun. Oleh itu, pemberontakan melawan pemerintah dan kerajaan merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Maka rampasan kuasa juga merupakan satu perkara yang dilarang. Namun wujud kes di mana rampasan kuasa berlaku dan pemerintah yang sedia ada digulingkan. Persoalannya apakah keabsahan kerajaan yang mendapat kuasa dengan kaedah rampasan kuasa ini diiktiraf sebagai ulil amri. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa kerajaan yang diasaskan atas kaedah rampasan kuasa juga diiktiraf sebagai ulil amri. Matlamat utama agar tidak berlaku peperangan dan pertumpahan darah yang membawa kepada ketidakamanan dalam negara.

Item Type:Article
Keywords:Ulil amri, pemberontakan, rampasan kuasa, maqasid syariah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9451
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 04:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page