Perlaksanaan zakat di Wilayah Persekutuan: satu pemerhatian terhadap operasi kutipan & agihan zakat

Muhsin Nor Paizin, (2014) Perlaksanaan zakat di Wilayah Persekutuan: satu pemerhatian terhadap operasi kutipan & agihan zakat. Jurnal Hadhari, 6 (2). pp. 97-111. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
534kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/...

Abstract

Zakat merupakan salah satu instrumen kewangan dan sumber pembangunan ekonomi Islam. Zakat berpotensi mengurangkan jurang kemiskinan di samping mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam setempat. Statistik menunjukkan peningkatan kutipan zakat berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Melalui penelitian kepada statistik kutipan zakat di Wilayah Persekutuan, dapat dijangka angka kutipan zakat akan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya atas usaha-usaha dakwah yang telah dijalankan oleh institusi zakat. Tidak ketinggalan juga pelbagai perubahan dan perkembangan yang telah berlaku dalam aktiviti agihan zakat dibuktikan daripada pertumbuhan jumlah agihan dan aset yang dimiliki oleh badan bertanggungjawab. Pengenalan terhadap pelbagai bentuk dan skim-skim agihan zakat kepada masyarakat diharap dapat meningkatkan keyakinan pembayar untuk terus menunaikan kewajipan berzakat. Namun, institusi-institusi zakat ini tidak sunyi dari isu-isu semasa yang sentiasa menjadi kritikan oleh masyarakat. Lantas, kertas akan membincangkan usaha dan perlaksanaan operasi dari sudut kutipan dan agihan zakat berdasarkan pemerhatian serta menggariskan beberapa cadangan agar penambahbaikan yang lebih sesuai dan komprehensif dapat dilaksanakan. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah mempergiatkan usaha kempen dan dakwah zakat, juga aktiviti zakat yang lebih memberi manfaat kepada para asnaf serta menyeluruh. Pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan adalah bertujuan untuk membentuk pembangunan ekonomi yang baik bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara Islam.

Item Type:Article
Keywords:Kutipan Zakat, Agihan Zakat, Perlaksanaan Zakat di Wilayah Persekutuan
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9452
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 04:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:49

Repository Staff Only: item control page