Mohd Syahmir Alias, (2014) Pola penyelidikan saintifik dari perspektif Ibn Al-Haytham. Jurnal Hadhari, 6 (2). pp. 113-130. ISSN 1985-6830
|
PDF
733kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/...
Abstract
Makalah ini secara umumnya bertujuan mendapatkan suatu pola penyelidikan saintifik dalam melakukan kajian Islam. Secara lebih khusus, model tersebut diteliti berdasarkan fungsi penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham. Ia seterusnya diteliti dari perspektif ilmu fardu ain. Hal ini kerana ilmu fardu ain dapat memberi kefahaman asas mengenai Islam. Oleh itu, makalah ini meneroka keselarian antara fungsi penyelidikan saintifik Ibn al- Haytham dengan konsep ilmu fardu ain menggunakan kaedah analisis kandungan. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama, penelitian mengenai fungsi penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham. Kedua, perbincangan terhadap konsep ilmu fardu ain dan aplikasinya. Ketiga, analisis keselarian dua perbincangan terdahulu untuk membina pola penyelidikan saintifik bagi kajian Islam. Hasil penelitian mendapati, terdapat tiga pola penyelidikan saintifik yang dapat dibina untuk melakukan kajian Islam. Pertama, ilmu tauhid menjadi paksi dalam penyelidikan saintifik. Kedua, ilmu fikah mewujudkan dimensi penyelidikan saintifik. Ketiga, ilmu akhlak memberi citra yang positif dalam penyelidikan saintifik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ibn al-Haytham, pola penyelidikan, penyelidikan saintifik, kajian Islam, fardu ain |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 9453 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jan 2016 04:10 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:49 |
Repository Staff Only: item control page