Akal budi Melayu dalam mantera: analisis semantik kognitif

Hawa Mahfuzah Rusidin, and Zulkifley Hamid, (2015) Akal budi Melayu dalam mantera: analisis semantik kognitif. Jurnal Melayu, 14 (2). pp. 260-273. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
233kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/710

Abstract

Metafora merupakan satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat di alam nyata kerana ia memerlukan penelitian dalam proses pemahaman melalui pemikiran dan pengalaman hidup seseorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis metafora konsepsi, menganalisis akal budi Melayu dan memetakan gambaran skema imej yang terdapat dalam mantera yang dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan semantik kognitif yang melibatkan dua daripada lima jenis Idealized Cognitive Models (ICM), iaitu metafora konsepsi dan skema imej yang telah diperkenalkan oleh Lakoff. Perbincangan dilanjutkan dengan menganalisis akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam data mantera yang dikaji berdasarkan metafora konsepsi yang dikenal pasti. Berdasarkan pendekatan yang digunakan, hasil kajian mendapati tiga jenis metafora konsepsi sememangnya wujud dalam mantera Melayu yang terkandung dalam buku Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu. Metafora konsepsi struktural mencatatkan bilangan paling tinggi kerana bahasa yang terdapat di dalam mantera tersebut kebanyakannya mempunyai item-item yang berstruktur dan sejajar dengan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh seseorang. Pemikiran masyarakat Melayu berdasarkan mantera kebanyakannya memberi perumpamaan kehidupan mereka daripada alam sekeliling. Selain itu, empat jenis skema imej telah dikenal pasti supaya pemetaan gambaran abstrak atau konkrit sesuatu emosi atau perasaan mahupun perbuatan yang terdapat dalam mantera Melayu itu dapat difahami dengan lebih jelas.

Item Type:Article
Keywords:akal budi; mantera; metafora konsepsi; semantik kognitif; skema imej
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9459
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2016 08:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page