Penggunaan kata ganti nama dialek Kelantan dalam aplikasi whatsapp

Azrizan Abu Bakar, and Karim Harun, (2015) Penggunaan kata ganti nama dialek Kelantan dalam aplikasi whatsapp. Jurnal Melayu, 14 (2). pp. 291-306. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/710

Abstract

Bagi masyarakat Kelantan, dialek adalah elemen utama dalam proses membina perasaan kenegerian dan seterusnya mengekalkan keahlian diri sebagai orang Kelantan. Namun begitu, situasi perbualan dalam bentuk lisan tentunya mempunyai kelainan daripada perbualan secara tulisan. Kajian ini meneliti penggunaan kata ganti nama diri dalam dialek Kelantan dalam WhatsApp Messenger. Aplikasi WhatsApp yang digunakan dalam telefon pintar dipilih sebagai sumber data memandangkan medium ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat kini. Sebanyak 1,060 chat yang diperoleh melalui ‘chat history’ yang dihantar melalui e-mel untuk dicetak dijadikan sebagai data kajian. Untuk membincangkan data tersebut, model Grid Speaking (Hymes 1974) digunakan. Dapatan kajian bahawa kata ganti nama diri dalam dialek Kelantan adalah unik dan bervariasi. Kata ganti nama diri yang digunakan juga mempunyai kedudukan yang tidak tetap sebagai kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. Daripada segi penggunaan, kata ganti nama diri pertama lebih banyak digunakan berbanding kata ganti nama diri yang lain. Kata ganti diri ‘ambo’ merupakan yang paling kerap digunakan selain daripada kito, kawe, kite, ambe, dan kambo. Di samping itu, ejaan bagi satu-satu kata ganti diri juga tidak tetap selain daripada maksudnya yang juga berubah, contohnya ore, ogre, oram, orng, kotram, kokram dan kore. Penemuan ini diharap dapat membantu penyelidik bagi memahami variasi kata ganti nama diri dialek Kelantan yang digunakan secara meluas dalam aplikasi WhatsApp yang tentunya berbeza penggunaannya secara lisan yang lebih terhad iaitu ambo, aku, kawe, kito, demo, kami, mu, awok, dio, demo tu dan sdaro.

Item Type:Article
Keywords:kata ganti nama; dialek; Kelantan; whatsAp; grid speaking
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9461
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 00:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page