Intertekstualiti dan konflik sosial dalam Angin Timur Laut

Tuan Rusmawati Raja Hassan, and Mawar Safei, (2015) Intertekstualiti dan konflik sosial dalam Angin Timur Laut. Jurnal Melayu, 14 (2). pp. 328-345. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
268kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/710

Abstract

Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap hubungan dan proses antara teks dalam penghasilan novel Melayu. Hubungan dan proses itu dikaitkan dengan intertekstualiti iaitu fenomena wujudnya teks dalam sebuah teks atau apa yang dinamakan dialog antara teks. Kerangka kajian ini memanfaatkan gagasan oleh Julia Kristeva. Rumus intertekstual tersebut membentangkan hubungan antara hipoteks (cerpen) dengan hiperteks (novel) bagi melihat makna, proses yang diajukan dan kewajaran ia dilakukan pengarang. Kajian ini merujuk kepada kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kecenderungan dan ketekalan terhadap karya-karya yang bersifat intertekstual. Teks yang difokuskan ialah Angin Timur Laut (1967) dengan cerpen awalnya dengan judul yang sama. Kajian ini menemukan bahawa dalam kerangka intertekstualiti, kepengarangan S. Othman Kelantan memperagakan kesetiaannya terhadap teks awal dalam genre cerpen yang kemudian dikembangkan menjadi novel. Hubungan intertekstualiti dalam cerpen ke novel dalam Angin Timur Laut termasuklah tema, plot, latar dan watak. Ia dikerjakan pengarang melalui proses penambahan, pengekalan, pengguguran, perubahan, mengada-adakan dan pengembangan. Ia dilakukan pengarang akibat beberapa faktor misalnya persekitaran, pengalaman hidup dan sejarah.

Item Type:Article
Keywords:S. Othman Kelantan; novel Angin Timur Laut; cerpen “Angin Timur Laut”; Julia Kristeva; intertekstualiti
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9463
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 01:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page