Pengujian model hubungan antara kecerdasan emosi, trait personaliti dan tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja

Nurul Hudani Md Nawi, and Ma'rof Redzuan, and Puteri Hayati Megat Ahmad, and Noor Hisham Md Nawi, (2015) Pengujian model hubungan antara kecerdasan emosi, trait personaliti dan tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja. AKADEMIKA, 85 (2). pp. 3-16. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
271kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/644

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji model dalam konteks individu bagi melihat hubungan dan pengaruh antara kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja. Empat set soal selidik telah digunakan iaitu soal selidik kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah laku kepimpinan dan prestasi kerja dijalankan ke atas 306 pemimpin pendidik di 15 buah SBT di Malaysia. Model ini diuji dengan menggunakan analisis structural equation model. Hasil kajian model fit menunjukkan nilai indeks kesesuaian TLI (Tucker-Lewis Index), NFI (Normed Fit Index), RFI (Relative Fit Index), IFI (Incremental Fit Index) dan CFI (Comparative Fit Index) adalah melebihi daripada .90. Walau bagaimanapun, hasil kajian berdasarkan petunjuk RMSEA (Root Mean Square Error of Approximation) menunjukkan nilai RMSEA adalah signifikan, iaitu 0.91(RMSEA <.06), [X2 (N=306, df = 59) = 209.186, p<.05]. Ini bermaksud model kajian yang dicadangkan adalah kurang sepadan dengan data kajian. Namun, keputusan ini adalah tidak selaras dengan keputusan petunjuk kesesuaian Baseline Comparisons. Oleh itu, nilai petunjuk modifikasi (M.I) digunakan untuk memperbaiki model tersebut. Selepas modifikasi dijalankan, dapatan kajian menunjukkan kesesuaian model dengan data kajian. Model akhir membolehkan penambahbaikan dalam penilaian konstruk psikologi dalam persekitaran sekolah yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi kerja.

Item Type:Article
Keywords:Kecerdasan emosi; trait personaliti; tingkah laku kepimpinan; prestasi kerja; pemimpin pendidik
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9466
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 02:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page