“Realpolitik” hubungan Singapura-Amerika Syarikat dalam konteks penambakan wilayah di Singapura

Akmalhisham Jasni, and Sharifah Munirah Alatas, and Sharifah Mastura Syed Abdullah, (2015) “Realpolitik” hubungan Singapura-Amerika Syarikat dalam konteks penambakan wilayah di Singapura. AKADEMIKA, 85 (2). pp. 17-27. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/644

Abstract

Penambakan wilayah adalah satu teknik yang merujuk kepada kerja-kerja pengorekan pasir di sesuatu lokasi. Kemudiannya pasir berkenaan ditimbus ke lokasi tertentu di pinggir pantai bagi meninggikan aras permukaan dasar laut sehingga menjadi tapak muka bumi yang baru. Di antara negara yang sangat giat melakukan aktiviti penambakan wilayah di rantau Asia Tenggara ialah Singapura. Ini adalah kerana Singapura mempunyai bidang tanah yang kecil, kawasan pantai yang terhad dan mempunyai populasi penduduk yang semakin meningkat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan bilateral antara Singapura dengan Amerika Syarikat, dan mengenalpasti kerjasama militarinya yang berkaitan dengan aktiviti penambakan wilayah di Singapura. Pengumpulan data primer dilaksanakan secara pemerhatian terus di lapangan dan melalui beberapa sesi temubual mendalam. Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada pelbagai sumber seperti artikel jurnal tersohor, akhbar, laman internet yang dipercayai dan laporan kerajaan. Kajian ini mendapati bahawa langkah yang diambil oleh Singapura untuk menambak wilayah ini bukanlah disebabkan peningkatan populasi penduduknya semata-mata. Tatkala Amerika Syarikat kelihatan agresif melaksanakan strategi pivot to Asia Pacific, Singapura pula sebenarnya mengalu-alukan kehadiran kuasa militari Amerika Syarikat ke rantau ini. Justeru kajian ini menyimpulkan bahawa jaringan kerjasama militari Singapura- Amerika Syarikat adalah signifikan di dalam aktiviti penambakan wilayah Singapura di mana ianya memenuhi kepentingan realpolitik Amerika Syarikat di rantau ini.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan bilateral; penambakan wilayah; populasi; militari; “realpolitik”
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9467
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 02:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page