Pengaruh faktor latar belakang terhadap orientasi sikap keusahawanan dalam kalangan usahawan belia bumiputera Muslim

Buerah Tunggak, and Zoolhilmi Ahmed, (2015) Pengaruh faktor latar belakang terhadap orientasi sikap keusahawanan dalam kalangan usahawan belia bumiputera Muslim. AKADEMIKA, 85 (2). pp. 29-43. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
282kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/644

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti tahap orientasi sikap keusahawanan berdasarkan faktor demografi pengalaman perniagaan, tahap pendidikan formal dan kekerapan mengikuti latihan keusahawanan dalam kalangan usahawan belia Bumiputera Muslim yang diukur berdasarkan lima sub-skala sikap iaitu etika Muslim, keperluan kepada pencapaian, kawalan personal, penghargaan diri dan inovasi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran yang mengambil pendekatan Reka Bentuk Penerangan, di mana 199 set soal selidik telah diedarkan terlebih dahulu kepada responden ke seluruh populasi yang terdiri daripada usahawan belia Bumiputera Muslim yang mendapat bantuan pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian. Berdasarkan dapatan analisis secara kuantitatif tersebut, pengkaji membina set soalan temu bual untuk diajukan kepada responden yang dipilih secara sampel bertujuan yang terdiri daripada 4 orang responden soal selidik dan seorang usahawan yang dicadangkan oleh pihak MARA bagi tujuan peneguhan dan huraian sokongan. Ujian analisis secara deskriptif dan analisis MANOVA digunakan untuk menguji data soal selidik secara kuantitatif, manakala analisis kandungan digunakan untuk menguji data temu bual secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan terdapat perbezaan orientasi sikap keusahawanan dalam kalangan usahawan belia Bumiputera Muslim yang signifikan berdasarkan faktor tahap pendidikan formal dan kekerapan mengikuti latihan keusahawanan, tetapi sebaliknya tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor pengalaman perniagaan. Sementara itu, analisis terhadap lima sub-skala secara berasingan mendapati faktor tahap pendidikan formal hanya signifikan pada dua subskala sahaja (penghargaan diri dan kawalan personal). Manakala faktor kekerapan mengikuti latihan keusahawanan pula hanya signifikan pada satu sub-skala sahaja (etika Muslim). Kajian ini seterusnya merumuskan bahawa faktor tahap pendidikan formal dan kekerapan mengikuti latihan keusahawanan mempunyai pengaruh ke atas orientasi sikap keusahawanan dalam kalangan usahawan belia Bumiputera Muslim namun pada kadar yang rendah. Kajian ini oleh itu mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan ke atas faktor-faktor lain seperti pelaksanaan program latihan keusahawanan dan pengalaman berniaga keluarga.

Item Type:Article
Keywords:Sikap keusahawanan; usahawan; belia; Bumiputera Muslim; faktor latar belakang
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9468
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 02:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page