Peramal kepuasan hidup wanita Melayu pertengahan umur bekerjaya di Hulu Langat, Selangor

Siti Marziah Zakaria, and Nor Ba'yah Ab Kadir, and Nasrudin Subhi, and Khaidzir Ismail, (2015) Peramal kepuasan hidup wanita Melayu pertengahan umur bekerjaya di Hulu Langat, Selangor. AKADEMIKA, 85 (2). pp. 45-53. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
281kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/644

Abstract

Kepuasan hidup boleh dinilai secara spesifik mengikut domain tertentu kehidupan atau secara umum. Usia pertengahan sinonim dengan senario krisis pertengahan usia (midlife crisis). Ia digambarkan sebagai perubahan mendadak pada personaliti, gaya hidup dan keutamaan di dalam hidup. Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisa faktorfaktor yang mempengaruhi kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Sokongan sosial, penghargaan kendiri, kesunyian dan motivasi agama dalaman dijangka mempengaruhi kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Kajian ini telah dijalankan ke atas 410 orang wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat, Selangor. Persampelan bertujuan telah digunakan kerana responden yang dipilih perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu; wanita bekerjaya, Melayu, berumur 40-59 tahun dan tinggal serta bekerja di Hulu Langat, Selangor. Satu set borang soal selidik digunakan untuk mengkaji pemboleh ubah-pemboleh ubah terpilih. Analisis yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ialah analisis regresi pelbagai (berperingkat). Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya pemboleh ubah sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kesunyian menyumbang kepada kepuasan hidup. Motivasi agama dalaman didapati tidak signifikan dalam meramal kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Analisis R² mendapati bahawa pemboleh ubah yang dikaji menyumbang sebanyak 47% kepada varians kepuasan hidup. Hasil kajian menyumbang kepada pemahaman baru terhadap peramal kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Ia boleh dimanfaatkan oleh ahli psikologi, kaunselor, penyelidik dan pekerja sosial. Hasil kajian akan memberi input kepada perancangan program untuk meningkatkan kepuasan hidup wanita. Ia juga boleh dijadikan rujukan untuk penggubalan polisi dan dasar demi kebajikan wanita.

Item Type:Article
Keywords:Sokongan sosial; penghargaan kendiri; motivasi agama; kesunyian; kepuasan hidup
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9469
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 03:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page