Kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM), 1968-1989: penelitian terhadap kegiatan komunis di Semenanjung Malaysia

Ho, Hui Ling (2015) Kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM), 1968-1989: penelitian terhadap kegiatan komunis di Semenanjung Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 42 (1). pp. 23-56. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=a&item=1...

Abstract

Artikel ini memperinci kebangkitan semula PKM di Semenanjung Malaysia pada 1 Jun 1968 untuk meneruskan perjuangan bersenjata mereka. PKM telah gagal dalam perjuangan bersenjata tahap pertama yang bermula pada 16 Jun 1948 sehingga 31 Julai 1960, iaitu ketika zaman darurat di Tanah Melayu. Kemunculan semula PKM didorong oleh beberapa faktor, iaitu mereka berjaya mendapat bantuan daripada penduduk di Selatan Thailand, perkembangan komunis di China, Vietnam dan Sarawak serta penyusunan semula organisasi PKM. Faktor-faktor ini menyebabkan PKM berpandapat masa telah tiba untuk meneruskan semula perjuangan. Matlamat kemunculan semula PKM adalah sama dengan perjuangan tahap pertama mereka, iaitu untuk menguasai negara ini dan mendirikan republik komunis di Semenanjung. Sasaran utama PKM pada kali ini ialah anggota keselamatan dan pegawai kanan keselamatan yang mempunyai hubungan secara langsung dalam melakukan penentangan terhadap pergerakan mereka. Komunis turut menyerang orang, mensabotaj kemudahan awam dan melakukan rompakan bank. Selain itu, komunis juga bertindak menyusup ke dalam institusi pendidikan dan pertubuhan pekerja serta cuba mempengaruhi pemimpin politik serta mengibarkan bendera dan menyebarkan risalah komunis di tempat-tempat awam. Hasil kajian ini mendapati kegiatan yang dijalankan oleh komunis telah menimbulkan banyak masalah dan ketidaktenteraman dalam negara. Bagaimanapun, akhirnya PKM tidak berjaya dalam perjuangan bersenjatanya dan bersetuju menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada 2 Disember 1989.

Item Type:Article
Keywords:Kebangkitan PKM, perjuangan bersenjata, republik komunis, kegiatan komunis, Semenanjung Malaysia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:9473
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 04:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page