Dasar `memakmurkan jiran` dan penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di Selatan Filipina

Ramli Dollah, and Eko Prayitno Joko, (2015) Dasar `memakmurkan jiran` dan penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di Selatan Filipina. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 42 (1). pp. 77-112. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
659kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=a&item=1...

Abstract

Sejak tamatnya Perang Dingin, negara-negara di rantau Asia Tenggara menjadi prioriti utama dalam dasar luar Malaysia. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa faktor kedekatan merupakan sebab utama Malaysia meletakkan rantau ini sebagai salah satu daripada prioriti utama negara. Dengan kata lain, masalah yang berlaku di negara ini jika tidak diselesaikan akan secara tidak langsung memberikan implikasi keselamatan, ekonomi dan politik jangka panjang kepada Malaysia. Menyedari akan masalah yang berlaku di negara-negara jiran ini menyebabkan Malaysia sangat menekankan kepada polisi memakmurkan jiran, satu polisi yang bertujuan untuk mencapai keadaan situasi menang-menang di antara negara jiran dan Malaysia. Oleh itu, dengan menggunakan kes hubungan Malaysia-Filipina, makalah ini melihat penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina mempunyai kesan langsung kepada kepentingan dan perkiraan keselamatan negara. Dalam hal ini, isu yang paling mendesak yang membawa kepada penglibatan Malaysia di wilayah bergolak ini adalah bertujuan untuk memastikan agar konflik yang membawa banyak masalah kepada Malaysia ini, misalnya isu pendatang dan pelarian Filipina dan masalah penculikan oleh Abu Sayaf di negeri Sabah yang telah berlanjutan untuk beberapa tahun akan dapat diselesaikan apabila proses keamanan ini dicapai kelak. Intipati ini merupakan asas kepada dasar memakmurkan jiran yang diamalkan oleh Malaysia dan penglibatan negara dalam proses keamanan yang berlangsung di selatan Filipina.

Item Type:Article
Keywords:Mahathir, Malaysia, Selatan Filipina, Manila, Konflik, Memakmurkan Jiran, Bangsamoro, Sabah
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:9475
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 04:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page