Membangunkan instrumen kepimpinan dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional: penggunaan teknik Delphi Terubah Suai

Irdayanti Mat Nashir, and Ramlee Mustapha, and Abdullah Yusoff, (2015) Membangunkan instrumen kepimpinan dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional: penggunaan teknik Delphi Terubah Suai. Journal of Quality Measurement and Analysis, 11 (1). pp. 41-47. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

413kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma11_1a.html

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mendapatkan pengesahan kesepakatan pakar terhadap keperluan instrumen Kepimpinan Instruksional Berinovatif. Keperluan instrumen ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme pentadbir terhadap konteks pendidikan teknikal dan vokasional. Teknik yang digunakan dalam membangunkan instrumen keperluan kepimpinan ini adalah teknik Delphi Terubah Suai. Teknik ini digunakan untuk mendapatkan kesepakatan bersama pakar dalam membangunkan item-item kepimpinan. Pembangunan instrumen telah dilakukan oleh sebelas orang pakar yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan pendidikan teknik dan vokasional. Makalah ini menyediakan contoh untuk mendapatkan nilai julat antara kuartil (JAK) dengan menggunakan teknik Delphi Terubah Suai yang telah dilakukan pada pusingan kedua hingga kesepakatan tercapai. Nilai JAK merupakan nilai yang diperoleh daripada soal selidik yang telah dilengkapkan oleh pakar untuk mendapatkan nilai kesepakatan terhadap item konstruk dan telah dianalisis menggunakan Microsoft Excel.

Item Type:Article
Keywords:teknik Delphi Terubah Suai; pendidikan teknikal dan vokasional; julat antara kuartil
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:9480
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jan 2016 08:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page