Nur Riza Mohd Suradi, and Nur Atiqah Alias, and Zalina Mohd Ali, and Norkisme Zainal Abidin, (2015) Tanggapan dan faktor penentu pemilihan makanan halal dalam kalangan ibu bapa Muslim. Journal of Quality Measurement and Analysis, 11 (1). pp. 75-88. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Registered users only 866kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma11_1a.html
Abstract
Pemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan setiap pengguna Muslim. Justeru, kefahaman yang baik terhadap aspek-aspek pemilihan makanan halal diperlukan bagi memastikan umat Islam mengambil produk makanan yang mematuhi Syariah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi dan faktor penentu pengguna Muslim dalam pemilihan makanan halal. Responden dipilih dalam kalangan ibu bapa Muslim kerana kumpulan ini adalah kelompok terbesar dan berpengaruh dalam menentukan pemilihan makanan halal harian. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang telah dibangunkan berdasarkan Teori Tindakan Beralasan (TTB) yang melibatkan empat konstruk utama, iaitu kefahaman, persepsi, penentu pemilihan dan pemilihan makanan halal. Terdapat empat subkonstruk yang dipertimbangkan menerusi konstruk penentu pemilihan makanan halal, iaitu logo halal, pemilikan, bahan-bahan dan jenama. Hasil kajian menunjukkan tiga subkonstruk mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemilihan makanan. Faktor pemilikan tidak memberi sumbangan yang signifikan terhadap pemilihan makanan halal. Secara keseluruhan, sumbangan variasi peramal ke atas model TTB adalah sederhana, iaitu hanya 37.3% variasi dalam konstruk pemilihan makanan halal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | logo halal; teori tindakan beralasan; pemilikan; jenama |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 9483 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Jan 2016 08:17 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page