Kajian model penukaran kadar hujan untuk integrasi masa 60 minit kepada 1 minit di Malaysia

Nor Irza Shakhira Bakhtir, and Mandeep Singh Jit Singh, (2015) Kajian model penukaran kadar hujan untuk integrasi masa 60 minit kepada 1 minit di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 27 . pp. 35-48. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/?page_id=557

Abstract

Perkembangan pesat teknologi komunikasi tanpa wayar telah menyebabkan penggunaan jalur frekuensi mencapai tahap tepu terutamanya di negara-negara maju. Ini telah mendorong jurutera sistem telekomunikasi meneroka jalur frekuensi di atas jalur Ku (10 GHz). Namun begitu, titisan hujan amat memberi kesan kepada isyarat yang merambat pada jalur frekuensi di atas 10 GHz. Justeru, ramalan pelemahan hujan ke atas perambatan isyarat elektromagnet menggunakan kadar hujan bersela masa 1 minit adalah penting. Di kebanyakan negara, data kadar hujan bersela masa 60 minit lebih mudah diperolehi berbanding data hujan yang bersela masa lebih pendek. Oleh sebab itu, kaedah penukaran taburan hujan dengan sela masa 60 minit diperlukan untuk mendapatkan kadar hujan bersela masa 1 minit. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data hujan dari 10 buah stesen pencerap hujan Jabatan Pengairan dan Saliran di seluruh Malaysia untuk tempoh 3 tahun dari 2011 hingga 2013 bagi menentukan model penukaran kadar hujan untuk sela masa 60 minit yang terbaik di Malaysia. Beberapa model penukaran kadar hujan untuk sela masa 60 minit kepada 1 minit dikaji di antaranya adalah model Segal, model Burgueno et al., model Chebil dan Rahman, model Lee et al., model Lavergnat dan Golé dan model Moupfouma dan Martin. Daripada keputusan yang diperolehi, didapati model Chebil dan Rahman memberikan keputusan terbaik untuk diguna pakai di Malaysia dengan memberikan nilai ralat Root Mean Square (RMS) di bawah 20% bagi kesemua lokasi. Hasil kajian yang diperolehi daripada projek ini adalah sangat berguna dalam menentukan pelemahan hujan bagi merekabentuk sebuah sistem perhubungan satelit yang mempunyai kebolehsediaan dan kebolehcapaian yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:integrasi masa; taburan kadar hujan; kaedah penukaran
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:9506
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 04:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page