Pemodelan hubungan antara kualiti perkhidmatan, kesan alam sekitar, sikap dan keinginan untuk menggunakan Park-and-Ride

Muhamad Nazri Borhan, and Norliza Mohd Akhir, and Amiruddin Ismail, and Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, (2015) Pemodelan hubungan antara kualiti perkhidmatan, kesan alam sekitar, sikap dan keinginan untuk menggunakan Park-and-Ride. Jurnal Kejuruteraan, 27 . pp. 63-70. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
80kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/?page_id=557

Abstract

Pemodelan persamaan struktur (SEM) merupakan satu teknik permodelan statistik lelurus dalam parameter yang sangat fl eksibel dan boleh menguruskan sebilangan besar pemboleh ubah eksogen, endogen dan termasuk pemboleh ubah yang tidak diukur. Kebiasaannya, kaedah penganggaran yang digunakan dalam analisis pemodelan ini adalah penganggaran kebolehjadian maksimum (ML). Dalam kajian ini, model penggunaan park-and-ride (P&R) dibangunkan untuk menganggar kesan langsung, kesan tidak langsung dan kesan keseluruhan terhadap fenomena yang dikaji. Berdasarkan kerangka konseptual kajian yang dicadangkan, model struktur penuh telah dicadangkan dan diuji, dan ramalan yang penting telah dikenal pasti berdasarkan kesignifi kan secara statistik bagi semua pekali lintasan dalam model. Kajian ini menunjukkan bahawa hampir semua hubungan kausal adalah signifi kan secara statistik. Implikasi setiap peramal turut dibincangkan di dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Pemodelan persamaan struktur; P&R; kebolehjadian maksimum
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:9509
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 04:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page