Pemodelan kesediaan pelajar beranjak kepada berbasikal di UKM

Sahar Abd Ali Dawood, and Muhamad Nazri Borhan, and Riza Atiq O.K. Rahmat, (2015) Pemodelan kesediaan pelajar beranjak kepada berbasikal di UKM. Jurnal Kejuruteraan, 27 . pp. 95-102. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/?page_id=557

Abstract

Peningkatan kebergantungan kepada penggunaan kereta dan gaya hidup yang tidak aktif di kampus universiti telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat dan lebih banyak permintaan untuk tempat letak kereta, pencemaran udara dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak kajian telah dilakukan untuk memenuhi keperluan bagi kelestarian di kampus universiti. Istilah “Pengangkutan Aktif” seperti berbasikal perlu dijadikan cara untuk memperoleh kelestarian di kampus universiti. Untuk menilai kesan langkah ini, sejumlah 169 soal selidik telah diedarkan di dalam kampus kepada pemandu-pemandu kereta dan temuramah telah dilakukan dengan pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Regresi logistik telah digunakan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna untuk menukar mod perjalanan mereka kepada berbasikal. Dapat disimpulkan bahawa dengan mengenakan bayaran letak kereta dan mengurangkan ruang untuk letak kereta secara langsung akan memberi kesan kepada penggunaan berbasikal sebagai mod pengangkutan di dalam kampus.

Item Type:Article
Keywords:Berbasikal; kampus universiti; pengangkutan aktif; UKM
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:9513
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 04:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page