Pemahaman hubungan antara modal sosial dan perkongsian pengetahuan dalam community of practice di sektor awam Malaysia: kesan ke atas prestasi kerja individu

Mohd Zabri Yusoff, and Rosmah Mat Isa, and Nor Liza Abdullah, (2015) Pemahaman hubungan antara modal sosial dan perkongsian pengetahuan dalam community of practice di sektor awam Malaysia: kesan ke atas prestasi kerja individu. Jurnal Pengurusan, 44 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
246kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/700

Abstract

Cabaran terbesar perkongsian pengetahuan dalam Community of Practice ialah kesediaan individu untuk berkongsi pengetahuan mereka. Kertas ini mengintegrasikan Teori Modal Sosial dan Teori Berasaskan Pengetahuan Firma untuk memeriksa hubungan antara modal sosial dan perkongsian pengetahuan, serta kesannya ke atas prestasi kerja individu. Data kajian dikutip daripada ahli-ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Majlis Perbandaran Kuantan, dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Sebanyak 219 sampel telah dianalisis menggunakan PLS-SEM. Dapatan kajian menunjukkan keakraban, kepercayaan, bahasa sepunya, dan matlamat sepunya boleh mempengaruhi individu untuk berkongsi pengetahuan mereka, serta perkongsian pengetahuan mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi kerja individu. Justeru, untuk mempertingkatkan aktiviti perkongsian pengetahuan dalam Community of Practice, pihak kerajaan perlu memberi penekanan kepada aspek-aspek berkaitan modal sosial

Item Type:Article
Keywords:Community of practice; knowledge management; social capital; knowledge sharing; public sector
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9516
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 07:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page