Impak komunikasi terhadap penerimaan inovasi penanaman padi

Shahrina Md Nordin, and Ammar Redza Ahmad Rizal, and Junaida Yahya, (2015) Impak komunikasi terhadap penerimaan inovasi penanaman padi. Jurnal Pengurusan, 44 . pp. 1-16. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
194kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/700

Abstract

Penanaman padi merupakan industri tanaman makanan utama negara Malaysia. Pembaharuan dan inovasi merupakan elemen penting yang menambahbaik industri ini. Pengenalan teknologi baharu dan inovasi dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah komunikasi. Penggunaan komunikasi berkesan berupaya meningkatkan penyebaran inovasi di dalam pelbagai bidang. Kajian ini memperlihatkan impak komunikasi terhadap inovasi di dalam penanaman padi. Tiga aspek utama iaitu peranan dan penglibatan pesawah, pengetahuan dan maklumat pesawah serta pengurusan inovasi dalam konteks komunikasi diteliti kesannya terhadap penerimaan inovasi dalam kalangan pesawah. Kajian ini dilaksanakan ke atas para pesawah di negeri Perak melibatkan seramai 150 orang responden. Hasil kajian mendapati komunikasi memainkan peranan penting terhadap penerimaan inovasi oleh pesawah. Pemilihan saluran komunikasi yang betul akan menambah baik penerimaan inovasi. Cadangan penambahbaikan dalam konteks komunikasi turut dipaparkan di akhir penulisan ini.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi; inovasi; pesawah; padi; Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9518
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 07:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page